web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:26PM

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melayan permintaan tetamu untuk bergambar di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Seri Mentaloon, hari ini. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Jitra, dijadualkan pada 4 Mei ini, pemipin negara itu juga akan mengadakan pertemuan rasmi bersama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Pertemuan itu dijadualkan berlangsung di pusat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman.

Menurut Muhammad Sanusi, pertemuan itu yang dianggap sebagai acara rasmi kerajaan, akan diadakan antara jam 3 hingga 5 petang pada tarikh berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah bersedia untuk menyuarakan hasrat kerajaan negeri kepada Perdana Menteri.

"Kita sudah 'ready' untuk suarakan hasrat kepada Perdana Menteri. Dah 'standby' dan ada 'wish list'.

"Harap-harap dapat ditunaikanlah... Kecil-kecil saja (hasrat kerajaan negeri)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon dekat sini, hari ini.

Muhammad Sanusi menyantuni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Derga), Muhammad Amri Wahab pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon, hari ini. - gambar Rafisqi Radhi
Muhammad Sanusi menyantuni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Derga), Muhammad Amri Wahab pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon, hari ini. - gambar Rafisqi Radhi

Muhammad Sanusi bagaimanapun enggan mendedahkan senarai ‘hajat’ kerajaan negeri kepada Persekutuan, dengan alasan mahu memaklumkan kepada Perdana Menteri terlebih dulu.

"Kalau boleh kita kena 'habaq' PM dulu. Mana boleh 'habaq' wartawan dulu?" katanya berseloroh.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan kenyataan dibuat Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani baru-baru ini bahawa kerajaan negeri terlibat dalam penganjuran majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang motif ketika memuat naik hantaran di akaun Facebook berkaitan pernikahan baru-baru ini.

Katanya, orang ramai telah terkeliru dengan perkara itu hingga menjadi polemik.

"Ada hadis dihuraikan Imam Nawawi iaitu sebaik-baik memilih tarikh untuk berkahwin adalah pada bulan Syawal. Jadi selain berjalan-jalan, 'pi' la kenduri...

"Saya ingat saya tak sempat (pilih tarikh bernikah) sebab nak habis dah Syawal," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Muhammad Sanusi berkata, tindakan beliau menulis perkataan 'dok pahang' pada status tersebut bukanlah bererti ada sesiapa yang tinggal di Pahang.

"'Dok pahang' yang saya tulis itu merujuk kepada perkataan 'tak faham' dalam loghat Terengganu. Kan saya balik kampung isteri di Terengganu, itulah maksudnya.

"Tetapi ada pula yang kata perkataan itu bermakna duduk di negeri Pahang. Bila pula saya ke Pahang?" katanya.

Tindakan Muhammad Sanusi memuat naik status tersebut baru-baru ini menimbulkan polemik dalam kalangan pengikutnya di laman sosial hingga ada yang mendakwa beliau berpoligami dan isteri baharunya berasal dari Pahang.

Bagaimanapun, beliau kemudian telah menafikan dakwaan poligami tersebut. – Getaran, 18 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad