Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 4:21PM

Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Beratus-ratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas penerbangan keluar masuk dibatalkan hari ini susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.

Seorang penumpang yang sepatutnya terbang ke Kuala Lumpur, Ramlie Azhar, berkata beliau sudah berada di lapangan terbang itu seawal jam 5.45 pagi dan bimbang terlepas penerbangan jika beliau meninggalkan premis berkenaan.

“Saya sepatutnya menaiki kapal terbang kira-kira jam 7 pagi, namun penerbangan saya ke Kuala Lumpur dibatalkan. Saya tidak pasti bila penerbangan akan diteruskan. Jika saya meninggalkan lapangan terbang ketika ini, saya mungkin terlepas penerbangan,” kata anggota keselamatan yang pulang ke Sabah untuk berhari raya.

Pengurus Kanan lapangan terbang itu, Jefry Ramli, berkata setakat ini, sebanyak 13 penerbangan dibatalkan manakala 11 lagi dijadualkan semula.  

“Kami amat menasihatkan penumpang untuk menghubungi terus syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung penerbangan masing-masing, termasuk sebarang pembatalan atau penjadualan semula.  Mereka boleh mendapatkan nombor untuk dihubungi melalui laman web syarikat penerbangan atau aplikasi telefon bimbit,” katanya.

Ketika ini, penerbangan keluar masuk dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, dan Tawau sudah dibatalkan manakala ada syarikat penerbangan yang menjadualkan semula penerbangan ke destinasi terbabit.

Kebanyakan penerbangan yang dibatalkan membabitkan AirAsia dan Malaysia Airlines manakala Batik Air, Firefly dan Scoot menjadualkan semula penerbangan mereka.

Seorang penumpang, Michael Kong, berkata beliau mungkin terpaksa menginap di hotel kerana perjalanan pulang ke Ranau menagmbil masa dua jam.

“Ketika ini, saya tidak pasti sama ada saya boleh meneruskan penerbangan. Jika saya pulang, saya mungkin terlepas penerbangan atau tidak sempat untuk menaikinya,” katanya.

Pada masa ini lapangan terbang di Sabah sibuk dengan pengembara yang pulang ke tempat kerja masing-masing selepas kembali menyambut hari raya.

Malaysia Airlines, dalam satu hantaran melalui akaun Facebook, memaklumkan ia sedang memantau situasi semasa dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini jika ada.

“Pada masa sama, kami sedang berusaha memudahkan urusan penumpang yang terkesan dengan pembatalan penerbangan untuk mendapatkan penerbangan alternatif sebaik saja keadaan bertambah baik,” katanya.

Ia juga meminta penumpang untuk mengemaskini maklumat mereka pada ciri MyBooking di laman webnya untuk menerima maklumat terkini melalui emel dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Syarikat penerbangan AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan semua penumpangnya yang terbang ke atau dari destinasi yang terjejas untuk memeriksa emel yang didaftarkan serta telefon bimbit untuk notifikasi pembatalan.

“Penumpang AirAsia yang terbang ke / dari destinasi terjejas amat digalakkan untuk memeriksa status terkini penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus.

“AirAsia terus memantau aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang dan akan menyalurkan perkembangan terkini,” katanya. – The Vibes, 18 April 2024

Sorotan

1

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

2

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

3

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

4

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

5

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

6

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

Disyorkan untuk anda

Sukan 7 jam yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

Semasa 7 jam yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut