web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 9:55PM

Bekas pengarah SRC International Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn Bhd gagal melaksanakan usaha wajar ke atas RM1.8 bilion pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pertama, sebelum memindahkannya ke akaun luar pesisir yang didakwa untuk aktiviti pelaburan.

Bekas pengarah SRC International Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 54, berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatangani dan diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan perdana menteri dan juga menteri kewangan ketika itu. 

Shahrol Azral berkata demikian ketika memberi keterangan selaku pihak ketiga dalam saman sivil US$1.18 bilion SRC International terhadap Najib dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil.

"Saya merasakan saya perlu melakukannya kerana ia adalah arahan PM. Saya lebih suka jika mempunyai lebih maklumat, tetapi saya teruskan juga dan menandatanganinya. la bukan sekadar arahan, ia telah ditandatangani oleh PM dan bekas menteri kewangan dan pemegang saham 1MDB yang menjadikannya sangat kukuh. 

"Kami cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh, tetapi apabila tiba untuk pelaksanaan, PM telah menandatanganinya... jadi kami terpaksa melakukannya. Jika PM fikir ia adalah idea yang baik, saya percaya pertimbangannya," kata saksi itu ketika disoal peguam Najib Harvinderjit Singh.

Wang pinjaman itu telah dipindahkan kepada Falcon Private Bank Ltd di Switzerland dan Julius Baer di Hong Kong untuk kegunaan bagi memperoleh dua syarikat di Indonesia (PT ABM Investama dan Bumi Resources TBk PT) serta dua syarikat di Mongolia (Gobi Coal and Energy Limited dan Erdens-Tavan Tolgoi). 

Dalam perbicaraan jenayah SRC pada 2019, bekas pengerusi SRC Tan Sri Ismee Ismail memberi keterangan bahawa Nik Faisal telah diarahkan oleh Najib untuk memindahkan wang itu dalam mesyuarat pada 7 September 2011.

SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman itu pada Mei 2021 dengan mendakwa bahawa Najib telah melakukan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgunakan dana tersebut.

la juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya, dan supaya Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.

Najib, 70, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan Lembaga Pengampunan pada Januari tahun ini telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun serta denda dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM210 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung pada 6 Mei pukul 9.30 pagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar