web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Sita Kad SIM, Telefon Bimbit Pengendali MyNewsHub

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 9:52PM

Kenyataan MCMC mengenai siasatan terhadap MyNewsHub susulan ia memuat naik klip video lama dengan kapsyen yang mengelirukan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam menyita kad SIM dan seunit telefon bimbit pengendali akaun media sosial MyNewsHub.

Ia susulan portal itu memuat naik serta menyiarkan semula klip video lama yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Suruhanjaya itu, dalam satu kenyataan media, memaklumkan, pengendali portal berkenaan sudah dipanggil di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, kira-kira jam 8.40 malam tadi, bagi merakamkan keterangannya.

"Rakaman percakapan ini susulan tindakan suspek memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

“Selepas selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, kad SIM dan telefon bimbit itu dirampas bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Video tular itu dimuat naik oleh pengendali akaun MyNewsHub semalam yang mendakwa seorang penjawat awam ditahan dan dibawa keluar dari dewan hanya kerana bertanya soalan mengenai kuarters kepada Tan Sri Datuk Mohd Zuki Ali.

Semalam, JPA dalam satu kenyataan ringkas, berkata rakaman video lama itu bertujuan untuk simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif, yang berlangsung di auditorium.

Rakaman itu dibuat ketika Mohd Zuki memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Negara.

Mohd Zuki menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Negara di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Ogos 2017 sebelum beliau kemudian dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 18 April 2019.

Beliau dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Januari 2020. – Getaran, 13 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar