web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelantan Mohon Maaf Gagal Sediakan Bekalan Air Tambahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 8:50PM

Poster yang dimuat naik di akaun media sosial AKSB pada Sabtu minggu lalu. - gambar Air Kelantan Official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan memohon maaf kerana gagal menyediakan bekalan air tambahan ke semua tempat di negeri itu semasa sambutan perayaan Aidilfitri ketika ini.

Menurut exconya, Datuk Dr Izani Husin, persediaan sudah dibuat seminggu sebelum Aidilfitri berikutan sudah menjangkakan penggunaan tinggi sebelum dan sepanjang musim perayaan.

Ujarnya, sebanyak 396 tangki air statik disediakan manakala 39 lori tangki air digerakkan bagi menampung keperluan isi rumah ketika ini.

Namun, faktor cuaca panas dan kepulangan perantau bagi menyambut Aidilfitri, menyebabkan persediaan yang dibuat itu tidak mencukupi untuk menangani pertambahan permintaan.

“Bagi mengatasi masalah ini, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menghantar lori tangki ke lokasi yang tidak mempunyai bekalan air, selain memantau kawasan yang mengalami masalah sama.

"Bagaimanapun, kita akui bekalan tidak dapat disalurkan kepada semua dan saya mohon maaf. Kita sudah melakukan pelbagai cara," katanya seperti dipetik portal BH Online hari ini.

Exco yang memegang portfolio Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan itu berkata demikian pada sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil pelbagai cara penambahbaikan bagi mengatasi masalah air di Kelantan.

"Baru-baru ini kita melancarkan pembinaan loji baharu di Gua Musang dan untuk siap ia memerlukan masa.

"Apabila bekalan air tidak cukup, kita bina loji bagi mengatasinya, cuma mengambil masa disiapkan kerana membabitkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

"Sekarang ada 42 loji dan beberapa loji dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada 2027 dan boleh beroperasi pada 2028," katanya.

Minggu lepas AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia susulan satu hantaran AKSB di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.

Jabatan Korporat AKSB dilaporkan berkata, ketika ini pihaknya sedang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tersebut yang terkesan akibat fenomena El Nino dan kemarau. – Getaran, 13 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad