web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tetapkan 17 Mei Dengar Rayuan Batal Saman LFL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 9:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 17 Mei ini untuk mendengar rayuan kerajaan Malaysia dan Peguam Negara untuk membatalkan dua saman dikemukakan Lawyers for Liberty (LFL) terhadap kedua-dua kerajaan Malaysia dan Singapura.

Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dan Peguam Negara mengesahkan tarikh pendengaran berkenaan ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 16 Mei tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada kerajaan Malaysia dan Pequam Negara untuk meneruskan rayuan mereka. 

Mereka mahu Mahkamah Persekutuan menentukan tujuh persoalan undang-undang.

Kedua-dua saman itu difailkan oleh LFL pada 2020 selepas Singapura, di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma), mengarahkan kumpulan hak asasi itu memasukkan notis pembetulan berkaitan kenyataan medianya yang disiarkan di laman webnya yang mendakwa kaedah kejam dan menyalahi undang-undang digunakan untuk menghukum mati banduan di penjara Changi, Singapura.

LFL memfailkan saman pertama terhadap kerajaan Malaysia, memohon deklarasi antara lain LFL tidak boleh tertakluk kepada sebarang proses di Malaysia lanjutan daripada undang-undang Singapura. 

Saman kedua yang difailkan LFL adalah terhadap Menteri Dalam Negeri Singapura, memohon perisytiharan bahawa arahan pembetulan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kumpulan itu di Singapura.

Pada 23 Disember 2020, Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran kepada Peguam Negara untuk bertindak sebagai pencelah dalam saman kedua.

Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara kemudian memohon untuk membatalkan kedua-dua saman itu atas alasan bahawa melalui perakuan yang dikeluarkan oleh Yang-di-Pertuan Agong bertarikh 16 April 2020, Malaysia mengiktiraf Singapura sebagai berdaulat asing dan oleh itu Singapura menikmati imuniti berkenaan dengan arahan pembetulan itu dan keputusan menteri Singapura itu.

Pada 10 Jun, 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara untuk membatalkan saman itu. 

Bagaimanapun, pada 20 Julai, 2022, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan LFL dan memerintahkan saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh di hadapan hakim lain. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad