web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Anggota Penguatkuasa Maritim Cedera Insiden Tembak Menembak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 4:17PM

Seorang daripada anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu yang cedera. - gambar Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Dua anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu cedera dalam insiden tembak menembak di perairan Kunak awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr Suzanna Razali Chan mengesahkan insiden tersebut yang berlaku kira- kira 8.40 pagi.

“Mangsa terbabit ialah Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45 yang juga ketua bot Banggi 48 cedera di bahagian mata kanan.

“Manakala seorang lagi kru bot yang sama Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cruella Jimin, 35 cedera di kedua belah tangan ketika bergelut dengan membalas tembakan dengan pihak penjenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, seramai tiga orang suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan empat das tembakan ke arah bot Maritim (Bot Banggi 48).

Jelasnya, tembakan itu dilepaskan selepas bot Maritim cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang dinaiki suspek untuk tindakan pemeriksaan ketika menjalankan OP Khas Pagar Laut.

Ketika kejadian, bot berkenaan berada di kedudukan 0.2 batu nautika laut di Kampung Panggi Kunak.

Peta lokasi kejadian tembak menembak membabitkan anggota Maritim Malaysia dengan suspek. - gambar Maritim Malaysia
Peta lokasi kejadian tembak menembak membabitkan anggota Maritim Malaysia dengan suspek. - gambar Maritim Malaysia

“Apabila pasukan peronda cuba menghampiri, suspek telah bertindak melepaskan tembakan bagi mengelakkan daripada anggota menghampiri mereka.

“Suspek kemudiannya berjaya melepaskan diri dengan membawa bot tersebut,” katanya.

Beliau berkata, empat lagi penguatkuasa Maritim tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kedua-dua anggota yang cedera dibawa ke Hospital Kunak bagi rawatan segera.

“Maritim Malaysia telah mengatur gerakan Pasukan Tindakan Khas & Penyelamat, pesawat udara, Bahagian Perisikan Maritim.

“Pihak Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM) juga sudah ke lokasi terbabit bagi menyiasat  dan mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya. – Getaran, 7 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad