web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 1:45PM

Kolam ternakan Ab Aziz Yusoff antara yang terjejas akibat cuaca panas yang melanda negara ketika ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Penternak ikan air tawar di jajahan ini berdepan risiko mengalami kerugian selepas paras air kolam semakin berkurangan kesan daripada cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Seorang penternak Ab Aziz Yusoff, 63, berkata sistem pengairan air tandak untuk hampir 8,000 ikan tilapia dan ikan puyu miliknya telah beberapa kali terputus ekoran mata air dari kawasan berdekatan tidak cukup untuk dipam masuk ke kolam sejak sebulan lepas. 

"Keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini menyebabkan paras air kolam ikan air tawar semakin berkurangan, saya bimbang ternakan ikan saya terjejas dan mati," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Lepan Jaya di sini.

Katanya dia memasang kincir air di kolam yang menempatkan ikan tilapia bagi menstabilkan kualiti air dan memantau paras air kolam ikan puyu untuk mengelak kematian ternakannya.

“Alhamdulillah kesemua ikan masih bertahan dan penggunaan kincir air untuk membantu pengoksigenan berkesan setakat ini," katanya. 

Orang Asli suku kaum Temiar dari Pos Hau, Syamirol Razali, 25, turut melahirkan kebimbangan berdepan kerugian kerana air kolam kira-kira 2,000 ekor ikan tilapia yang baharu diternaknya awal tahun ini semakin berkurangan.

"Saya risau anak-anak ikan ini tidak dapat bertahan, tumbesarannya juga agak perlahan dalam cuaca sekarang. Makanan juga lambat dihabiskan setiap kali diberikan,"katanya.

Syamirol berkata, kolamnya menggunakan punca air semula jadi dan kekurangan taburan hujan amat memberi kesan kepada ternakan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad