web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 1:39PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan kebenaran Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim sebelum ini yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.

Pada 28 Februari tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan.

Berdasarkan notis usul yang diperoleh media, Muhyiddin memfailkan permohonan itu semalam melalui firma guaman Tetuan Chetan Jethwani dan Syarikat.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemfailan permohonan kebenaran itu. 

Beliau berkata, pihak pembelaan akan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Pada 1 Mac tahun ini, Muhyiddin telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah rayuan mengembalikan semula empat pertuduhan terhadapnya. 

Dalam notis usul, Muhyiddin memohon mahkamah mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan sebelum ini dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Ogos 2023 yang telah membatalkan pertuduhan serta melepas dan membebaskannya daripada empat pertuduhan itu.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Rayuan adalah terbatal/atau menyalahi undang-undang kerana ia dibuat di luar bidang kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 50(1)Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu ketika itu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd dan Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan. 

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Presiden Bersatu itu juga menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun Bank CIMB Bersatu.

Muhyiddin didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 dan antara 8 Februari dan 8 Julai 2022. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad