Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek LRA Lewat Siap: Kedah Disyor Laksana Pelan Pemulihan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:29PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kedah disyorkan untuk melaksanakan pelan pemulihan bagi projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, Kubang Pasu dan LRA Jenun Baru, Pendang yang mengalami kelewatan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata projek yang sepatutnya siap pada tahun lepas itu mengalami kelewatan berikutan beberapa faktor iaitu isu pencerobohan pembinaan struktur halangan dalam Right of Way (ROW) atau rizab jalan dan proses pengambilan balik tanah yang mengambil masa panjang. 

Beliau berkata, dalam isu ROW, kebenaran daripada agensi terlibat iaitu Majlis Perbandaran Kubang Pasu (LRA Pelubang), Majlis Daerah Pendang (LRA Jenun Baru), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan agensi berkaitan perlu diperoleh untuk kerja penanaman paip di jalan yang terlibat.

"Dalam isu ini, sudah berlaku kegelinciran daripada tarikh asal siap projek...antara yang kita cadangkan dalam pelan pemulhan ini termasuk menambah jumlah pekerja dan peranan agensi terlibat untuk menyelesaikan isu berbangkit.

"Kalau nak salahkah sepenuhnya kepada kontraktor, kita perlu lebih berhati-hati kerana ada (melibatkan) tanggungjawab agensi tertentu," katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, kelulusan lanjutan masa (EOT) telah diberikan kepada kontraktor mengikut kelayakan selaras syarat-syarat kontrak. 

Selain itu, katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi memantau status kemajuan kedua-dua LRA itu dibantu perunding lantikan kerajaan negeri bagi melaksanakan projek dari peringkat perancangan hingga tutup akaun projek.

Projek naik taraf LRA di bawah tanggungjawab kerajaan Kedah itu turut merangkumi pemasangan paip air dari Jalan Sungai Baru ke Kuala Sungai sepanjang Jalan Kubang Rotan sepanjang 5.2 kilometer, di bawah LRA Pelubang.

Terdahulu, isu berkaitan projek itu dibangkitkan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang antara lain meminta penjelasan daripada kementerian berhubung langkah memastikan projek berkenaan siap mengikut jadual, kekangan yang dihadapi, serta peranan JKR Kedah bagi projek itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad