Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


16,000 Kg Daging Segar Pada Program Mantai Rayo Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 6:33PM

Datuk Seri Jalaluddin Alias. - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.

Exco Kanan negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata acara tradisi masyarakat Negeri Sembilan itu diteruskan dengan menawarkan harga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran termasuk jualan daging ayam dan keperluan asas lain pada 7 April ini. 

Beliau berkata, jualan Mantai itu diadakan secara serentak di lapan Parlimen di negeri itu melibatkan 20 lokasi terpilih bermula 7 pagi hingga stok habis.

"Objektifnya untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di negeri ini membeli barangan mentah dengan lebih murah bagi persediaan juadah hari raya.

"Kerajaan negeri meneruskan tradisi turun-temurun ini dan membuat sedikit transformasi supaya pengguna dapat membeli pada harga rendah dan berkualiti tinggi," katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, negeri meletakkan spesifikasi khusus kepada penternak terlibat iaitu setiap lembu harus melepasi piawaian ditetapkan seperti cukup umur, sihat dan sebagainya, manakala had pembelian adalah dua kilogram bagi setiap pembeli. 

Jalaluddin berkata, maklumat terperinci mengenai harga serta jualan program itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada 3 April ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Sukan 12 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu