Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kebakaran Hutan Di Bukit Broga Berjaya Dipadamkan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 12:45PM

Kebakaran hutan di Bukit Broga berjaya dipadamkan awal pagi tadi. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebakaran hutan di Bukit Broga, Semenyih malam tadi membabitkan kawasan berkeluasan kira-kira 5 ekar berjaya dipadamkan sepenuhnya, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi memadamkan kebakaran itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.30 pagi.

"Seramai 28 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Bangi dan BBP Ampang terbabit dalam operasi pemadaman api di hutan berkenaan.

"Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak Bukit Broga dengan anggaran seluas dua hektar. Kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit," katanya.

Memetik laporan Bharian, Wan Md Razali berkata, pihaknya yang tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran menyebabkan anggota bomba terpaksa memanjat ke puncak bukit yang mengambil masa sekitar 30 minit hingga ke 45 minit untuk sampai ke lokasi itu.

"Pemadaman dijalankan dengan menggunakan 'fire beater' berikutan ketiadaan sumber air.

"Tindakan operasi ialah untuk menyekat api merebak di sekitar bukit, selain memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.

Terdahulu, tular video kebakaran hutan di Bukit Broga yang sering menjadi lokasi rekreasi orang ramai, khususnya pada hujung minggu. - Getaran, 18 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 20 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran