Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Minta Penjelasan Google Berhubung Data Kadar Pertukaran Ringgit Tidak Tepat – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 9:54PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan meminta penjelasan daripada pihak Google berhubung data tidak tepat kadar pertukaran ringgit berbanding US$1 mencecah RM4.98 yang diterbitkan enjin carian itu semalam memandangkan kesilapan seperti itu bukan kali pertama berlaku.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Menteri Kewangan Il Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu. 

Katanya, paparan data tidak tepat yang tular di media sosial itu adalah satu petanda tidak baik yang menimbulkan kegusaran dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kita tahu dan faham Google menjadi salah satu rujukan bagi rakyat Malaysia, maka kita harap penjelasan itu dapat disampaikan juga kepada rakyat," katanya kepada pemberita pada Program Teh Hijau Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Fahmi berkata, ketika kerajaan sedang berusaha memacu pertumbuhan semula ekonomi negara dengan keyakinan yang ditunjukkan kepada pelabur, maka perkara asas seperti itu tidak seharusnya berlaku.

"la seharusnya tidak berlaku, ia tidak boleh berlaku, dan kita tidak akan benarkan ia berulang," tegas Fahmi.

Beliau turut berterima kasih kepada BNM atas penjelasan pantas yang diberikan berhubung data tidak tepat itu hari ini. 

BNM dalam kenyataannya hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran US$/MYR yang diterbitkan oleh Google.

Bank pusat itu menjelaskan pada Jumaat (15 Mac 2024) kadar pertukaran US$/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi, dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

BNM memaklumkan bahawa ini kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran US$/MYR yang tidak tepat tahun ini.

Bank pusat telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari, 2024, tambahnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Sukan 15 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Semasa 2 jam yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi

Politik 11 jam yang lalu

Permohonan Maaf Sanusi Buka Jalan Kerjasama Lebih Baik Dengan Kerajaan Pusat

oleh Wartawan The Malaysian Insight