Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Aset Yang Dibina Di Palestin Hasil Sumbangan Menerusi MCM Bernilai RM 7.5 Juta Musnah

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 12:27PM

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan.- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat kemudahan atau aset yang dibina hasil sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia (MCM) bernilai RM7.5 juta musnah akibat peperangan di Palestin sejak konflik Israel-Palestin tercetus 7 Oktober lepas.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan, berkata ia membabitkan Masjid Muhammad Al Amin, Kompleks Imigresen Rafah,Pusat Fisioterapi Enaya dan Kompleks Wakaf Palestin. 

"Daripada empat aset yang terlibat tiga musnah sepenuhnya manakala hanya kompleks perniagaan (Kompleks Wakaf Palestin) sahaja boleh dibaiki, memandangkan struktur asasnya masih elok dan insya-Allah boleh digunakan.

"Setakat ini kita masih belum rancang untuk memperbaiki kompleks berkenaan dan insya-Allah kerja baik pulih akan dilakukan apabila situasi peperangan di sana reda dan kita juga akan bina semula bangunan-bangunan kita yang musnah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Amal Ramadan (Palestin, Syria dan Yaman) di sini malam tadi yang turut dihadiri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sementara itu, Zulkifli Wahijan berkata, majlis malam tadi yang dihadiri kira-kira 500 peserta daripada pelbagai syarikat korporat berjaya mengumpul dana berjumlah RM2 juta. 

Menurutnya, MCM menyasarkan untuk mengumpul RM5 juta ringgit sepanjang bulan Ramadan ini, yang akan disalurkan ke Palestin, Syria dan Yaman.

"Enam puluh peratus daripada sumbangan diterima akan diberikan kepada Palestin yang ketika ini terus terkesan akibat serangan ganas yang sudah hampir masuk enam bulan.

"Kita juga akan berikan kepada (rakyat) Syria yang sudah lebih 10 tahun berperang akibat konflik dalaman tak berhenti dan juga Yaman yang ketika ini mengalami krisis," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyalurkan RM3 juta kepada Palestin sepanjang bulan Oktober 2023 hingga Mac tahun ini,meliputi bantuan musim sejuk dan makanan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490211159 atau Bank Islam 14014010147470. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 2 jam yang lalu

Diugut Bunuh, Terima 2 Butir Peluru, Teresa Kok Buat Laporan Polis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari