Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Lombong Arang Batu Tidak Pernah Jadi Kenyataan Walaupun Wang Berjuta Telah Dibayar- Saksi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:48AM

Datuk Seri Najib Tun Razak. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek perlombongan arang batu di Mongolia tidak pernah menjadi kenyataan walaupun US$60 juta telah dibayar oleh SRC International Sdn Bhd kepada anak syarikatnya SRC BVI untuk projek usaha sama dengan syarikat Abu Dhabi bernama Aabar, Mahkamah Tinggi diberitahu semalam.

Penyelesai hutang SRC BVI Angela Barkhouse yang merupakan saksi kedua memberi keterangan dalam saman sivil US$1.18 bilion SRC International terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata SRC BVI menjalin usaha sama (JV) dengan Aabar pada 3 November 2011 dengan objektif utama melabur dalam projek yang melibatkan sumber tenaga boleh diperbaharui, sumber asli dan mineral.

"Aabar-SRC diperbadankan pada 25 Okt 2011 dan pengarah syarikat itu ialah bekas ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin (bekas pengarah SRC) serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Mohamed Badawy Al-Husseiny. 

"Terma perjanjian itu menetapkan bahawa SRC BVI dan Aabar UAE masing-masing memegang 50 peratus saham syarikat itu dan akan menyumbang sejumlah US$500 juta,dengan sumbangan awal US$60 juta.

"Aabar-SRC memperoleh 14 juta saham dalam Gobi Coal &Energy Limited (GCE) pada atau sekitar 8 Disember 2011 dengan harga US$91 juta. GCE memegang hak ke atas dua lombong arang batu terbuka besar di Mongolia," katanya dalam kenyataan saksinya.

Barkhouse berkata, Aabar-SRC memperoleh sahamnya dalam GCE lebih awal daripada perancangan Tawaran Awam Awal (IPO) pada 2012, dan dana daripada pra-IPO itu akan digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan awal di lombong dan menyediakan infrastruktur untuk meningkatkan nilai arang batu pada IPO nanti. 

"Tiada bukti bahawa IPO ini berlaku dan maklumat daripada GCE menunjukkan bahawa lombong itu tidak pernah mengeluarkan arang batu secara komersial atau menjana sebarang hasil daripada operasi perlombongan.

"Hantaran e-mel daripada pengarah semasa GCE Joseph Borkowski kepada Quantuma International, pada 2021menunjukkan bahawa lombong itu terkandas tanpa logistik untuk mengeksport arang batu," katanya.

Barkhouse berkata, kemudiannya pada 6 Disember 2011 sejurus selepas US$91 juta dibayar oleh Aabar-SRC kepada GCE,beberapa pembayaran lain dibuat atas nama GCE termasuk US$8.99 juta kepada Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan AS$4.99 juta kepada Globalink Aviation Limited. 

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022, dan Lembaga Pengampunan pada 29 Januari mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM210 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 25 Mac. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Mengenai Representasi Najib Untuk Gugur Pertuduhan

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 11 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Sukan 15 jam yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ