Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majlis Ilmu MADANI Lahirkan Masyarakat Cintai Ilmu, Fahami Konsep Adab Dan Akhlak

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 12:19PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tradisi penganjuran majlis ilmu MADANI di kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Kompleks Seri Perdana di sini, adalah jambatan untuk melahirkan masyarakat mencintai ilmu dan memahami konsep adab serta akhlak.

Majlis ilmu MADANI di Seri Perdana diilhamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022, dan majlis seumpama itu kini turut diadakan di seluruh negara.

Menariknya, majlis berkenaan yang berlangsung pada 1 Mac lalu menampilkan tokoh serta ilmuan Islam terkenal seluruh dunia antaranya Presiden Institut Maqasid Global, Prof Dr Jasser Auda; pemuzik tersohor British Yusuf Islam (sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens) dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani, ulama asal Gambia. Majlis ilmu itu boleh diikuti melalui laman sosial Facebook rasmi Perdana Menteri.

Berkongsi pengalaman berada pada majlis ilmu MADANI, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penganjuran majlis itu adalah tepat kerana penekanan ilmu dan adab wajib dipelajari dan diamalkan bagi menerapkan nilai dalam pelbagai bidang termasuk kemampanan ekonomi dan kecerdasan buatan.

"Anjakan paradigma dari sudut pemikiran, nilai dan tadbir urus hanya akan dapat dicapai, sekiranya masyarakat mencintai ilmu dan memahami konsep adab serta akhlak.

"Dengan adanya masyarakat yang memahami konsep ilmu dan adab, semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu dalam membina sebuah negara yang baik," katanya kepada BERNAMA.

Penganjuran majlis itu juga, katanya, selari dengan usaha memberi kefahaman mengenai maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kepada masyarakat.

"Hal ini kerana ia melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah bersama impian membina tamadun yang gemilang," katanya.

Selain itu, beliau berkata, penganjuran majlis ilmu MADANI di Masjid Putra di sini seperti yang dilaksanakan pada Mei tahun lepas perlu diteruskan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

"Penampilan tetamu kenamaan dalam memberi ceramah menarik minat ramai pihak untuk menyertai program itu," katanya.

Pada 26 Mei 2023, lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra yang menampilkan kupasan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir, Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Latihan Pendaratan Helikopter Di Bangunan Perdana Putra, Seri Perdana Bermula Esok

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Teruja Jumpa, Swafoto Bersama Agong Di Rumah Terbuka

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambutan Luar Biasa Rumah Terbuka Bukti Keakraban Keluarga Malaysia - PM

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa 6 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 19 minit yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad