web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Jadi Mangsa Penipuan 'Telegram Takeover'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 1:40PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Awas jika anda menerima pesanan Telegram mencurigakan dari kenalan, keluarga atau saudara mara, kerana aplikasi tersebut terdedah kepada jenayah penipuan, 'Telegram Takeover'

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak Supt Hasbullah Abd Rahman, berkata penipuan melalui penggodaman aplikasi Telegram kini sering berlaku dengan penggodam melakukan pelbagai modus operandi (MO).

"Jika sebelum ini MO penipu ialah dengan menyamar sebagai rakan atau saudara mara yang kononnya mahu meminjam wang, namun MO mereka kini (mungkin penggodam yang sama) akan memasukkan talian pengguna ke dalam kumpulan pelaburan tidak wujud atau berkongsi link yang membawa kepada kecurian wang dalam akaun bank,"katanya ditemui Bernama di pejabatnya di sini. 

Hasbullah berkata, melalui aduan yang diterima pihaknya sebelum ini, terdapat mangsa telah datang membuat laporan kononnya rakannya mahu meminjam wang melalui Telegram dan dia telah memindahkan sejumlah wang melalui transaksi secara dalam talian.

"Namun, apabila dia bertemu rakannya, rakannya itu menafikan dan kedua-duanya membuat laporan polis, ternyata mereka telah menjadi mangsa penggodaman Telegram," katanya menambah bahawa Perak merekodkan sebanyak 54 kes bagi tahun 2022 sehingga 2023 dengan jumlah kerugian RM134,959.01. 

Hasbullah turut menasihatkan pengguna mengenai tanda-tanda Telegram mereka sedang digodam iaitu termasuk akaun tidak dapat diakses, video, mesej dan gambar dihantar ke kontak lain tanpa pengetahuan, Telegram meminta perincian setiap kali log masuk akaun dan mendapat SMS ataupun 'notification' yang akaun diakses dari peralatan lain.

"Jika ini berlaku, pengguna perlu set semula dengan menetapkan langkah keselamatan seperti two step verification, menggunakan kod pin atau cap jari.

"Ini kerana jika kita terus 'uninstall' Telegram' itu dari telefon pintar dan membiarkan penipu terus menggunakan akaun kita sewenang-wenangnya, mungkin ia akan memberi masalah kepada kita atau lebih ramai yang akan tertipu, langkahnya ialah terus gunakan namun ambil langkah keselamatan lebih ketat seperti disediakan aplikasi tersebut," katanya.

Beliau berkata, pengguna juga perlu log keluar jika membukanya dengan alat komunikasi lain dan tidak mendedahkan kod OTP Telegram dan reset atau nyahaktif akaun jika mengenal pasti akaun telah melakukan aktiviti mencurigakan.

Pengguna juga perlu melaporkan kepada polis jika penggodaman Telegram melibatkan wang dan nyawa, katanya.

Mengulas lanjut, selain menyamar sebagai rakan atau saudara-mara, penipu akan menambah nombor atau akaun Telegram mangsa ke dalam kumpulan 'pelaburan' untuk tujuan penipuan atau berkongsi link palsu kononnya untuk mendapatkan bantuan kerajaan dan sebagainva. 

"Jangan sesekali menekan link tersebut kerana, penipu berkongsi pautan fail APK (android package kit) tidak sah bagi tujuan 'mencuri' wang di dalam akaun.

"Mangsa akan diminta mengemas kini maklumat peribadi di link yang telah dimuat turun, seterusnya page error akan terpapar dan duit dalam akaun bank akan lesap," katanya sambil menasihati pengguna agar berhati-hati dengan penipuan penjualan emas secara dalam talian.

Katanya, barang kemas akan diiklankan di dalam Facebook,Instagram, Telegram dengan tujuan menarik perhatian mangsa dan mangsa seterusnya akan dimasukkan dalam kumpulan Whatsap atau Telegram.

"Mangsa akan diminta memasukkan wang ke dalam akaun suspek bagi proses pembelian emas, namun mangsa tidak menerima sebarang emas yang dibeli dan suspek kemudian gagal dihubungi," katanya menambah Perak merekodkan 199kes tipu pembelian emas secara dalam talian dengan jumlah kerugian RM1,004,234.81 bagi tempoh 2019 sehingga 2023. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad