web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Akan Perkenal Model Perumahan Awam Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 1:10PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Hartanah Asia (AREL) Hong Kong dan Shenzhen Edisi China. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HONG KONG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR), kata menteri berkenaan Nga Kor Ming.

Beliau berkata, PRR akan menjadi kawasan perumahan yang bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau, pusat komuniti dan ciri-ciri lain.

Kos pembinaan setiap unit PRR katanya, akan dinaikkan kepada RM300,000 sekali gus menawarkan golongan berpendapatan rendah rumah berkualiti dengan bayaran harga berperingkat (piecemeal price).

"Di bawah PRR baharu, kos RM300,000 seunit akan dijual pada harga RM60,000. Daripada RM60,000 itu, kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 akan diperuntukkan untuk dana penyelenggaraan dan dana terikat.

"Akan ada juga moratorium iaitu dalam masa 10 tahun, anda tidak boleh menjual unit PRR, kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas perumahan sosial, kerana ini ialah keistimewaan untuk diberikan subsidi yang besar," katanya kepada Bernama dan The Edge pada Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Hartanah Asia (AREL) Hong Kong dan Shenzhen Edisi China. 

Lawatan itu dianjurkan oleh Institut Rehda, iaitu pusat penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia, disertai lebih 50 delegasi melibatkan lawatan ke pelbagai tapak unik merangkumi pembangunan semula bandar, dasar perumahan awam dan undang-undang strata.

Kumpulan delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik,pemaju, perancang bandar, peguam, pihak bank dan kerajaan.

Saiz minimum untuk PRR itu menurut Nga ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPKT juga akan memberi penekanan    kepada     kesalinghubungan menerusi pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang dijangka mengurangkan jumlah kenderaan dan tempat letak kereta.

Kemudahan itu katanya, akan disepadukan dengan bangunan berkonsep hijau yang mengurangkan 30 peratus kos tenaga berbanding bangunan berciri standard.

"Kami berharap untuk mendapatkan bajet tambahan.Berbanding HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan)Singapura yang mempunyai bajet tahunan 30 bilion dolar Singapura, PPR (Program Perumahan Rakyat) Malaysia hanya mendapat RM550 juta, iaitu jumlah yang terlalu kecil," katanya. 

Sementara itu, Nga turut menyeru pemaju terutama ahli aktif Rehda dan institusi kewangan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan bangunan-bangunan lama di negara ini terutama yang dikategorikan sebagai tidak selamat.

Beliau berkata, penanda aras standard kejuruteraan yang biasa untuk jangka hayat sesebuah bangunan adalah secara purata 70 tahun.

Bagaimanapun, menurut Nga, keadaan masih mencabar kerana ketika ini ambang persetujuan yang dinyatakan akta sedia ada memerlukan persetujuan 100 peratus.

"Oleh itu KPKT mencadangkan nilai ambang persetujuan antara 75 peratus hingga 80 peratus, bergantung kepada umur bangunan dan bergantung kepada perbincangan lanjut," katanya sambil menambah cadangan itu turut meliputi projek terbengkalai dengan nilai ambang persetujuan 51 peratus.

Selain itu, Nga menegaskan, bahawa walaupun banyak peluang akan diberikan kepada pemaju hartanah untuk meneroka usaha pembangunan semula bandar, pemilik hartanah sedia ada tetap akan diberikan pampasan yang adil tertakluk kepada penilaian.

Selain itu, katanya, penubuhan pihak berkuasa pembaharuan bandar dan tribunal tanah juga dalam perancangan untuk diletakkan di bawah KPKT.

"Ini akan menjadi undang-undang yang adil dan seimbang dalam kita menggalakkan pembangunan, kita juga akan melindungi pemilik rumah. 

"Ini kerajaan Madani, kita akan pastikan penyelesaian yang adil untuk kedua-dua pihak (pemilik dan pemaju)," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad