web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Routes Asia Kembali Ke Malaysia Selepas Sedekad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 12:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Routes Asia 2024 kembali ke Malaysia selepas sedekad, dihoskan bersama oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Tourism Malaysia di Langkawi, Kedah.

Acara tiga hari itu akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, mulai 27 Februari ini.

 MAHB berkata, acara itu akan menjadi platform bagi menyokong pembangunan penerbangan, pelancongan dan ekonomi Malaysia, serta menghimpunkan pihak yang berkepentingan dalam syarikat penerbangan dan lapangan terbang untuk membincangkan peluang pembangunan laluan udara.

"Acara tahunan itu juga memberi peluang untuk meningkatkan profil Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dalam kalangan komuniti pembangunan laluan dan memperkenalkan destinasi itu kepada  pihak berkaitan pembangunan penerbangan dan pelancongan," kata pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama.

Diadakan di lokasi yang berbeza setiap tahun, Routes Asia menyediakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan penerbangan di rantau ini dari seluruh dunia bertemu dan berkumpul untuk membangunkan strategi rangkaian dan memastikan pembangunan perkhidmatan udara masa hadapan di seluruh Asia Pasifik.

la dijangka menarik penyertaan terbesar sejak pandemik iaitu seramai 900 delegasi, 170 lapangan terbang dan destinasi, serta 110 syarikat penerbangan yang mewakili lebih 60negara.

"MAHB akan bertemu kira-kira 40 syarikat penerbangan sedia ada dan baharu sepanjang acara tiga hari itu, dan kami menyasarkan untuk (menarik mereka) beroperasi di rangkaian lapangan terbang kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Ammar Abdul Ghapar, berkata pada tahun ini, Malaysia menyasarkan menarik 27.3 juta ketibaan pelancong yang dijangka menjana pendapatan RM102.7 bilion.

Routes Asia 2024 juga berfungsi sebagai platform terbaik untuk mempromosikan Visit Malaysia 2026, yang menyasarkan ketibaan 35.6 juta pelancong asing, dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion, katanya. 

Kementerian Pengangkutan juga menjangkakan industri penerbangan akan menyaksikan pertumbuhan yang lebih kukuh tahun ini, disokong oleh inisiatif berterusan kerajaan untuk meningkatkan sektor itu serta jangkaan perjalanan antarabangsa yang tinggi.

Routes Asia 2024 turut disokong oleh Malaysia Airlines, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Tahun lepas, Routes Asia 2023 diadakan di Chiang Mai, Thailand, yang disertai oleh 800 delegasi.

Pada asalnya dikenali sebagai New Route Asia, acara itu adalah cetusan idea MAHB dan pertama kali diadakan pada 2003 di Kuala Lumpur selama tiga tahun berturut-turut.

Sedekad kemudian, MAHB dengan Lembaga Pelancongan Sarawak menjadi hos bersama Routes Asia 2014 di Kuching. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad