web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemotongan Gaji Harus Ikut Tatacara, Akta Kerja – Sim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 4:52PM

Menteri Sumber Manusia Steven Sim, ketika menyampaikan angpau pada Program Kesuma Madani Tahun Baru Cina peringkat Kementerian Sumber Manusia. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pemotongan gaji pekerja oleh majikan hendaklah dibuat dengan tatacara yang betul seperti yang termaktub dalam Akta Kerja, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Bercakap kepada pemberita pada Program Kesuma Madani Tahun Baru Cina peringkat Kementerian Sumber Manusia, beliau berkata masalah disiplin juga bukan alasan untuk memotong gaji pekerja.

"Saya sudah tegaskan bahawa majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memotong gaji seorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja kecuali potongan yang dibenarkan seperti KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan cukai pendapatan.

"Selain daripada itu, majikan yang syarikat kecil atau besar tidak boleh potong gaji jika ada masalah disiplin. Tindakan (disiplin) mesti melalui proses inkuiri dalaman sesebuah syarikat," katanya.

Seksyen tersebut memperuntukkan tiada potongan boleh dibuat majikan daripada gaji seseorang pekerja selain daripada yang terkandung dalam akta berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut mengambil maklum tindakan sesetengah individu yang memuat naik berkaitan pemotongan gaji di tempat kerja di media sosial.

Susulan itu, Sim menyeru agar aduan rasmi dibuat di pelbagai saluran yang disediakan untuk tindakan lanjut pihak kementerian dan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

"Saya tahu netizen berniat baik, naikkan di media sosial, tapi ini membabitkan undang-undang, jadi kita perlukan laporan rasmi.

"JTK akan mengambil tindakan susulan selepas laporan dibuat. Tetapi kita juga akan melakukan terjah, turun dan melihat sendiri," katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial, restoran yang mempunyai beberapa cawangan didakwa mengenakan denda cuti sakit dan hukuman lain kepada kakitangan atas pelanggaran tingkah laku termasuk menolak gaji. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad