web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Bekas TYT Sarawak: Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:06PM

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata. gambar FB Polis Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu membabitkan bekas Yang di-Pertuan Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung isu yang ditularkan iaitu kes membawa keluar Abdul Taib daripada sebuah hospital swasta di Kuching.

Katanya, kes itu kini sedang disiasat mengikut Sesyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain).

"Pihak polis kontinjen Sarawak telah mengesan satu posting yang tular membabitkan bekas TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang telah dimuatnaik dalam media sosial.

"PDRM Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas TYT Tun Pehin Sri dari sebuah hospital.

"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara itu dan tidak membuat sebarang spekulasi.

"Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998  iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain," katanya. - Getaran, 5 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Taib Mahmud Meninggal Dunia, Akan Dikebumi Di Sarawak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lap Mulut Dengan Wang, Anak Tiri Taib Mahmud Undang Kemarahan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Politik 39 minit yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad