web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Beranak Rentung: Tiada Unsur Jenayah Dikesan - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 9:13PM

Pondok yang musnah terbakar dan meragut nyawa dua beranak - gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK  - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes kebakaran pondok di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda di sini hari ini, yang mengorbankan dua beranak.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Zulkifli Mahmood berkata melalui keterangan saksi yang merupakan suami dan bapa mangsa, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur pondok berkenaan pada kira-kira 4 pagi.

"Saksi juga cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa tetapi tidak berupaya sebelum meminta bantuan daripada penduduk berhampiran.

"Hasil siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian turut mendapati pondok tersebut jauh dari jalan utama dan merupakan laluan tanah merah untuk ke kawasan kebun," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Zulkifli berkata hasil bedah siasat oleh pihak perubatan Hospital Gerik juga mengesahkan kematian kedua-dua mangsa disebabkan kecederaan akibat kebakaran, selain diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan lain. Jenazah kedua-dua mangsa telah
diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya.

Dalam kejadian pada awal pagi tadi itu, mangsa Rahmah Zainon, 76, ditemukan rentung bersama anak perempuannya, Razilawati Mohamad, 43, yang cacat penglihatan dalam kebakaran sebuah pondok di dusun buah-buahan.

Turut berada di dalam pondok ketika kejadian, suami yang juga bapa mangsa, Mohamad Abd Latit, 84.

Sementara itu, anak Allahyarham Rahmah, Saudin Mohamad, 37, ketika ditemui media di Unit Forensik Hospital Gerik berkata mereka sekeluarga lebih 30 tahun berulang-alik dari kampung di Kuala Ketil, Kedah ke pondok dalam dusun milik keluarga itu yang ditanam durian dan buah-buahan lain.

Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, minggu lepas mereka sekeluarga baru berkumpul di pondok tersebut sebelum dia dan adik beradik lain pulang semula ke Kuala Ketil, manakala bapa, ibu serta kakaknya yang merupakan anak keenam mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama.

"Kakak memang paling rapat dengan ibu dan ayah, ke mana-mana kakak memang selalu bersama mereka. Ibu pula menyatakan dia mahu tinggal lebih lama di rumah dusun itu kerana berasa tenang di situ," katanya yang hanya mengetahui mengenai kematian ibu dan kakaknya sebaik tiba dari Kuala Ketil pagi ini.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Saudin berkata dia difahamkan bapanya cuba memadamkan api yang disyaki berpunca daripada jerangan air, tetapi telah terlambat kerana api marak terlalu cepat menyambar pondok kayu itu.

Dia berkata jenazah ibu dan kakaknya akan dibawa balik ke Kuala Ketil untuk dikebumikan selepas proses bedah siasat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Adik Terbakar Depan Mata Detik Hitam Buat Saya’ - Abang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bahana Cuba Menyelit, Penunggang Rentung Motosikal Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ajal Dengan Lori Sampah, 3 Ditemui Rentung

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran