web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Meningkat 29 Peratus Pada ME51

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 8:35PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Dis meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peningkatan yang dicatatkan pada ME51 berbanding ME50 adalah sebanyak 29.5 peratus.

“Pada tempoh sama juga, jumlah kes kematian COVID-19 dilaporkan berkurangan 23.1 peratus iaitu daripada 26 kepada 20 kes kematian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dzulkefly berkata secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME50 berbanding ME49 iaitu pengisian katil bukan kritikal meningkat kepada 1.5 peratus dan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 3.6 peratus.

Beliau berkata bagi vaksin COVID-19 pada 22 Dis (semalam), hanya 50 orang menerima dos penggalak pertama manakala 120 orang menerima dos penggalak kedua.

Beliau berkata secara kumulatif sehingga semalam hanya 16,347,130 penduduk Malaysia  (50.1 peratus) telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828, 686 penduduk Malaysia (2.5 peratus) menerima dos penggalak kedua.

Menurut Dzulkefly, Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau situasi COVID-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

KKM juga menasihati orang ramai agar mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19, katanya.

Beliau berkata orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab sivik bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi ahli keluarga dan seluruh masyarakat terutamanya golongan berisiko tinggi. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 22 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad