web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Perempuan Diselamatkan Selepas Dua Hari Berpaut Pada Pokok Bakau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 8:27PM

Remaja perempuan yang diselamatkan pihak bomba. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang remaja perempuan terpaksa berpaut pada pokok bakau di kawasan berlumpur berhampiran pelabuhan di Penang Port Sdn Bhd, di sini, selama dua hari sebelum diselamatkan hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Faris Izwan Ahmad Fadzilah berkata mangsa berusia 17 tahun itu berjaya diselamatkan selepas lambaiannya meminta tolong disedari seorang pegawai operasi bomba pelabuhan kira-kira 9 pagi tadi.

"Remaja itu dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Khamis lepas dan berusaha berenang ke arah sebuah bangunan berbumbung biru sebelum tersangkut pada pokok bakau di kawasan berlumpur berhampiran pelabuhan tersebut. 

“Sepanjang dua hari tersangkut, mangsa memaklumkan dia berusaha melambai ke arah orang awam untuk meminta pertolongan tetapi tidak disedari oleh sesiapa hinggalah seorang pegawai bomba pelabuhan ternampak lambaiannya dan diselamatkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan temu bual awal, remaja itu dipercayai mengalami tekanan kerana kecewa apabila dua kali gagal dalam ujian memandu dan takut dimarahi keluarganya.

Faris Izwan berkata remaja perempuan itu ditemukan dalam keadaan lemah tetapi tidak mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat remaja terbabit dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Butterworth selepas menerima panggilan pada 11.23 pagi, Khamis lepas.

Mangsa meninggalkan motosikal milik ibu saudaranya di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang di sini, dari arah Perai menghala ke pulau. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

oleh Sophia Ahmad