web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Di Karnival, Kedai Makan Tular Diminta Tidak Naikkan Harga Sewenang-wenangnya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 5:12PM

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Allex Seah Shoo Chin dan Timbalannya Tuminah Kadi @ Mohd Hashim ketika memantau harga barangan. Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pengusaha dan peniaga makanan pada acara karnival atau kedai makan tular di Melaka diberi amaran supaya tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya sehingga membebankan pengguna.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar berkata pihaknya telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan pada karnival jualan makanan di beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan mendapati hampir kesemua peniaga menaikkan harga jualan hingga 200 peratus.

"Hasil pemeriksaan pada karnival makanan yang dianjurkan mendapati ada peniaga mengatakan mereka terpaksa mengenakan harga mahal kerana kos bahan mentah yang tinggi, namun ini bukanlah alasan untuk menaikkan harga jualan.

"Setakat ini, kita hanya memberikan amaran dan nasihat kepada peniaga, bagaimanapun KPDN tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya masih ada yang mengambil kesempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krimas 2023 di Pusat Beli-Belah AEON Ayer Keroh yang disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan turut dihadiri Timbalannya Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.

Mengulas lanjut, Norena berkata pihaknya juga memantau secara rapat promosi kedai-kedai makanan tular melalui aplikasi media sosial dan menjalankan pemeriksaan di lokasi untuk memastikan harga dikenakan adalah sama seperti yang ditawarkan kepada pengguna.

"Sebagai contoh, ada yang menunjukkan promosi untuk satu hidangan ialah RM70 tetapi apabila tiba di kedai, pengguna terpaksa membayar lebih, selain harga ditawarkan tidak termasuk minuman dan ini juga merupakan satu kesalahan.

"Kita berharap semua peniaga tidak mengambil kesempatan terutamanya menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang sudah pasti mereka mahu mempromosikan makanan kepada pelancong, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu perkara sedemikian memberi kesan kepada imej negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Norena berkata Op Terjah akan terus dilakukan bagi memastikan bekalan barangan kawalan kepada pengguna tidak terputus dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang menyorok bekalan diminta menyalurkannya kepada KPDN. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar