web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Tukar Pengakuan Kepada Bersalah Hendap, Ganggu Jurugambar Wanita Melalui Twitter

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 5:22PM

Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang perunding pengurusan acara sambilan yang didakwa menghendap seorang jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang melalui tiga komunikasi akaun Twitter pada Julai lepas hari ini menukar pengakuan kepada bersalah.

Mohamad Safiq Rosli, 37, yang merupakan individu pertama didakwa atas kesalahan itu mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Sasha Diana berkata beliau menerima pengakuan salah tertuduh selepas dapatan laporan perubatan menyatakan Mohamad Safiq layak dibicarakan dan membuat pengakuan.

Mahkamah menetapkan 19 Dis ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas manakala peguam Fithril Hakim Ab Jalil mewakili Mohamad Safiq.

Dia didakwa mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, melalui aplikasi Twitter atas nama akaun "@sopert99" dengan menghantar komunikasi berbentuk luahan perasaannya di akaun Twitter milik mangsa "@ShaFoShizzle" yang telah dibaca di sebuah rumah di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara 1.40 pagi 15 Julai dan 5.58 petang 21 Julai lepas sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Mohamad Safiq boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 10 Ogos lepas, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk merujuk tertuduh ke Unit Forensik Psikiatri di Hospital Ulu Kinta bagi pemerhatian. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad