web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPS Mahu GEG Disertakan Dalam Pindaan Undang-undang Kawalan Produk Merokok Di Masa Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:43PM

Profesor Amrahi Buang. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mahu Kementerian Kesihatan (KKM) tidak terus melupakan keperluan menyertakan Generasi Penamat Merokok (GEG) dalam pindaan terhadap undang-undang kawalan produk merokok.

Presidennya, Profesor Amrahi Buang, berkata ia berikutan rata-rata Ahli Dewan Negara mahukan elemen GEG disertakan dalam undang-undang itu pada masa depan.

“Pembentangan yang dilakukan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) adalah sangat baik untuk menebus kembali maruah KKM dan kerajaan dalam menangani isu rokok dan vape ini khususnya isu yang membabitkan keciciran perkara GEG semasa perbahasan di Dewan Rakyat.

“Ucapan syabas wajar diberikan kepada Menteri Kesihatan kerana bersifat teguh dan yakin untuk memasukkan GEG di satu masa akan datang.

“Seramai 22 ahli-ahli Dewan Negara telah berbahas Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (RUUKPMDKA) ini. Rata-rata semua ahli-ahli Dewan Negara menyokong RUU ini walaupun aspek GEG tidak dimasukkan. Hanya seorang ahli Dewan Negara sahaja yang tidak menyokong RUU kerana ia tidak mempunyai elemen GEG dalam bentuk sekarang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Amrahi berkata, hujah Ahli Dewan Negara terhadap RUU itu jelas menunjukkan bahawa mereka mahukan GEG dimasukkan dalam undang-undang itu di masa akan datang.

Malah, katanya, ada antara Ahli Dewan Negara yang mahukan aspek GEG disertakan dalam undang-undang itu pada kali ini.

“Alhamdulillah, satu RUU yang khusus untuk mengawal rokok dan vape di Malaysia telah dapat digubal akhirnya. Ia satu detik sejarah bagi negara ini.

“Kehadapan, KKM akan menggubal peraturan-peraturan di bawah Akta ini dan saya jangkakan ia akan siap dalam tempoh enam bulan.

“Selepas itu, bolehlah dipantau perlaksanaannya hingga akhir tahun 2024,” katanya.

Pada masa sama, Amrahi berkata, pihaknya juga berharap perkara membabitkan kawalan cecair dan gel nikotin juga dipertimbang ketika membuat pindaan terhadap undang-undang berkenaan pada masa depan.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak mahu memasukkan elemen itu kembali kepada Akta Racun (Pindaan) 2022, MPS mahu ia dilihat semula ketika penggubalan peraturan-peraturan berkaitan akta baharu ini kelak.

“Jutaan tahniah harus diberikan kepada semua yang terlibat khususnya Bahagian Rangka Kerja Kawalan Tembakau di KKM yang bertungkus lumus menguruskan perkara ini saban tahun.

“Justeru, MPS menyeru supaya kerajaan membawa balik Akta ini untuk memasukkan perkara GEG sebagai satu pindaan pada tahun 2025,” katanya. Getaran, 14 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad