web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Tahan 57 Warga Asing Di Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:10AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menahan 57 warga asing dalam operasi Ops Sapu di kawasan rumah pangsa di Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, dalam serbuan kira-kira 12.20 tengah malam itu seramai 374 warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India dan Filipina telah diperiksa.

"Lima puluh tujuh individu yang ditahan melibatkan 24 lelaki dewasa warga Pakistan, 13 lelaki dewasa dan lapan perempuan warga Indonesia, lapan lelaki dewasa Bangladesh, tiga lelaki dewasa warga Nepal dan seorang lelaki dewasa warga India dan kesemuanya adalah dalam lingkungan usia 19 tahun hingga 64 tahun.

Operasi yang dilakukan  seramai 95 orang pegawai daripada Bahagian Penguat kuasa Negeri, Penguat kuasa Cawangan Batu Pahat, Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Johor, selain turut disertai oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan itu dilakukan adalah hasil risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam mengenai kewujudan penduduk warga asing yang menimbulkan kegusaran dalam komuniti setempat.

Baharuddin berkata, kesemua yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c)    Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa.

Katanya, mereka juga didapati melakukan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

"Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah membuat aduan dan mengambil berat terhadap isu pendatang tanpa izin. Orang ramai digesa menyalurkan maklumat tentang warga asing atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan akan terus giat dijalankan setiap hari bukan sahaja menahan  warga asing malah memutuskan rangkaian jenayah dan aktiviti tidak bermoral yang melibatkan warga asing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad