web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Rozela Antara Sembilan Dilantik Pesuruhjaya Kehakiman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:29PM

Pesuruhjaya Kehakiman baharu bergambar dengan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II di Pejabat Peguam Negara Datuk Raja Rozela Raja Toran adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Raja Rozela, 58, dan lapan yang lain menerima surat cara pelantikan masing-masing daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.

Sebelum ini, Raja Rozela mengetuai pendakwaan dalam dua kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana milik Yayasan Alkalbudi dan sistem Visa Luar Negara.

Beliau telah bersara awal pada bulan Oktober lepas. Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Pengarah Unit Litigasi Khas di Jabatan Peguam Negara.

Turut dilantik Arziah Mohamed Apandi, 48, yang juga anak bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tujuh individu lain ialah Datuk Hazizah Kassim, 51, Kan Weng Hin, 61, Mohd Rosli Bin Yusoff, 51, Tuan Gan Techiong, 58, Suriyati Hasimah Mohd Hashim, 51, Maslinda @ Linda Mohd Ainal, 49, dan Saiful Azian Mokhtar, 51.

Rozela, Arziah dan lima yang lain mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Maslinda dan Saiful Azian pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Majlis penyampaian surat cara pelantikan serta mengangkat sumpah jawatan dan taat setia itu berlangsung di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman hari ini.

Turut hadir Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Salleh dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

oleh Sophia Ahmad