Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Novel Cabul Jadi Pilihan Generasi Muda, Rakyat Luah Rasa Resah

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 9:13AM

Novel 'panas' ini antara yang dijual di SIBF dan mendapat sambutan hangat generasi muda, khususnya remaja - gambar Shopee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda sememangnya wajar dijadikan amalan, namun apakah ia harus bertunjangkan karya yang ‘menjijikkan’? 

Novel dewasa mengandungi unsur atau elemen seksual bukan perkara baharu dalam arena perbukuan, tetapi penulis yang bermoral dan beretika mengolahnya dengan penuh integriti, ada tertib dan adabnya tersendiri.

Justeru, apabila novel seumpama ini dijual secara berleluasa di pesta buku dan menjadi buruan pembaca bawah umur, ia mengundang amarah dan menerbitkan suasana yang cukup memualkan.

Bukan sahaja naratifnya berorientasi sumbaleweng, malah penerapan serta plot yang diolah mencipta satu fantasi liar yang tidak normal untuk tumbesaran anak-anak.

Di media sosial ketika ini kecoh dengan kewujudan ‘novel cabul’, yang pada dasarnya diangkat daripada seleksi karya di Wattpad.

Platform penulisan ini walaupun bernada murni kerana ia dibina untuk mengasah kemahiran menulis, hakikatnya mengandungi banyak sisi gelap yang boleh merosakkan.

Penerbitan ‘novel cabul’ dengan kandungan lucah ini malangnya menjadi buruan generasi muda.

Antara babak lucah yang terkandung dalam novel berkenaan - gambar X
Antara babak lucah yang terkandung dalam novel berkenaan - gambar X

Barangkali kerana gaya bahasa santai yang menjadi perlambangan masyarakat moden, pengaruh romantis bawaan dunia barat seperti digunakan penulis menjadikan karya seumpama itu laris bagaikan pisang goreng panas.

Senario ini jelas membimbangkan dan menjadi bualan netizen di media sosial termasuk di Facebook, X dan TikTok.

Majoriti adalah ibu bapa dan guru yang ‘terkejut besar’ melihat judul berkenaan dalam senarai novel yang ingin dibeli anak atau pelajar mereka.

Fatalist.pdf di X berkata, jenis karya bermutu rendah seperti ini mencerminkan tahap dan kualiti penulis.

“Aku baca gambar novel Tuan Ziyad tu. Penulisnya pun bapak tak best langsung tulisan kau.

“Menunjukkan yang 1.64 juta baca kat Wattpad tu level dia takat mana je, selari dengan kata T. Alias Taib, ‘penulis tak berbakat mudah mendapat tempat di hati pembaca yang tak tau membaca,” ciapnya, sinis.

Menerusi bebenang sama, dia yang menggunakan handle @shafiqmazlan94 berkata, kualiti pembukuan kompilasi hantaran di Facebook jauh lebih berkualiti, dibandingkan karya dihasilkan melalui Wattpad.

“Contoh: Antithesis (Benz Ali), Gelas Separuh Penuh (Affendi Salleh).

“Wattpad ni medium orang berdelusi yang bukan-bukan, tempat orang sexually deprived dengan kualiti penulisan yang buruk,” katanya.

Tegasnya, bacaan dewasa lain lebih menarik jika mahu dibuat perbandingan.

“Kalau nak bandingkan dengan penulisan erotik atau so-called bacaan dewasa lain yang kau pun boleh teka apa dia, novel Tuan Ziyad ni sangatlah boring. Itupun ada yang dungu belanjakan puluhan ringgit untuk beli,” selarnya lagi.

RedandYellowRambutans di akaun @hyogi_s pula mencadangkan karya lebih bermaruah, walaupun masih berunsur cinta.

“Budak-budak sekarang kalau lapar kisah cinta, boleh baca karya-karya Noor Suraya. Heroin yang membina, hero yang penuh semangat dan cinta, keluarga yang baik-baik, hobi yang baik-baik dan dialog yang baik-baik juga. Apo tu Tuan Ziyad Forbidden Love pfttt,” ciapnya, jelas menunjulkan kejengkelan terhadap kewujudan novel ‘lucah’ itu. 

Difahamkan, novel ‘cabul’ ini dipasarkan dengan meluas di pelbagai platform, malah turut menjadi antara produk jualan di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) yang sedang berlangsung di Shah Alam ketika ini.  - Getaran, 6 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Novel Cabul Di SIBF2023: KDN Sudah Lancarkan Siasatan - Penganjur

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Sukan 9 jam yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 1 jam yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 21 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ