web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Islam Perlu Bersatu, Tegas Bela Dan Pertahan Palestin – Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 9:14PM

Gambar mangsa pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Gaza yang dikongsikan melalui Facebook Ismail Sabri. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Gaza yang mengorbankan lebih 500 orang.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata seluruh dunia juga perlu mengambil tindakan tegas atas perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim apartheid Zionis yang harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi lebih buruk dalam sejarah dunia.

“Harus ditegaskan sekali lagi, konflik yang berlaku ini adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi, membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin.

“Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza sentiasa dilindungi Allah SWT dan terus berjuang mempertahankan tanah air sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata negara barat khususnya Amerika Syarikat juga perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim apartheid Zionis kerana mereka sentiasa berada di belakang Israel yang membunuh insan tidak berdosa di Palestin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad