web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM100 Juta Untuk Skim Perubatan MADANI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 9:14PM

Skim Perubatan MADANI terima peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 700,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat melalui Skim Perubatan MADANI yang akan diperluaskan ke seluruh negara dengan peruntukan mencecah RM100 juta.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan skim mySalam untuk selama tempoh dua tahun lagi.

"Skim Perubatan Madani akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700 ribu rakyat, dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi.

“Selain daripada itu, RM50 juta disediakan untuk tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung," katanya.

Selain daripada itu, bagi membendung masalah sakit kronik di negara ini, kerajaan turut mengambil langkah mengenakan duti eksais kepada beberapa produk.

Tindakan itu diambil sebagai usaha membendung risiko kesihatan seperti penyakit kencing manis dan juga kanser.

"Mengenakan duti eksais ke atas produk tembakau kunyah pada kadar 5 peratus ditambah RM27 sekilogram, sepertimana duti eksais yang dikenakan ke atas tembakau snuff.

"Kadar duti eksais semasa bagi minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter. Hasil duti eksais ini akan disalurkan semula khusus untuk menangani dan merawat penyakit kencing manis termasuk sokongan kepada pusat dialisis," katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, berjumlah RM41.2 billion berbanding kementerian lain.

Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan tahap kesihatan rakyat di negara ini berada dalam keadaan baik termasuk usaha membaik pulih fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada. – Getaran, 13 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad