web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM350 Juta Persiapan Untuk Tahun Melawat Malaysia 2026

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 8:10PM

Peruntukan sebanyak RM350 juta disediakan melalui Belanjawan 2024 sebagai persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan 2026 sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan mengganggarkan perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion selain memerlukan rangka kerja rapi bagi mencergaskan semula sektor pelancongan agar menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, kerajaan menyediakan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.

"Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 billion.

"RM20 juta disediakan untuk manfaat kerajaan negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

"Sejumlah RM80 juta juga disediakan bagi memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO antaranya di Gua Niah, Sarawak; Lembah Bujang, Kedah dan Royal Belum, Perak," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Kali terakhir Tahun Melawat Malaysia dianjurkan pada 2014 manakala penganjuran pada 2020 terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata Kerajaan juga memperuntuk sejumlah RM20 juta khusus bagi mengangkat dan memulihara ibu kota Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya.

Beliau berkata, sebahagian daripada peruntukan keseluruhan bertujuan untuk penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026; menjalinkan kerjasama dengan industri dalam aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara.

Selain itu, ia juga bagi menampung bantuan kepada lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya; sebagai geran padanan penerbangan sewa dalam meningkatkan kemudahsampaian penerbangan antarabangsa ke Malaysia; dan dana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra Muslim di Malaysia.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga dalam agenda yang sama memperkenalkan inisiatif baharu bawah Pelan Liberalisasi Visa Malaysia yang akan memudahkan kelulusan permohonan Pas Penggajian bagi pelabur strategik dalam sektor utama negara.

Selain daripada itu, Malaysia juga memperkenalkan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian.

"Ini bagi menampung keperluan tenaga mahir industri dan juga kerajaan akan menambah baik kemudahan Visa-On-Arrival, pas lawatan sosial dan tawaran Multiple Entry Visa bagi menggalakkan kemasukan pelancong dan pelabur terutamanya dari India dan China," katanya.

Anwar berkata, Kerajaan juga bersetuju melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan program Malaysia My Second Home (MM2H) bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.

"Penambahbaikan MM2H dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan industri hartanah negara," katanya.

Anwar membentangkan Belanjawan 2024 hari ini dengan tema Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat sejajar dengan kerangka  Ekonomi Madani bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan. – Getaran, 13 Oktober 2024

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad