web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penahanan Warga Malaysia: PDRM, Polis Australia Jalin Kerjasama Siasat Kes Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 8:21AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Kamarudin Md Din. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Malaysia berkaitan rampasan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata, lelaki berumur 34 tahun itu adalah antara empat individu yang ditahan susulan rampasan 622 kilogram (kg) dadah jenis metamfetamina di Melbourne.

“Segala tindakan akan diambil bagi memastikan sebarang kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Media hari ini melaporkan dua warga China dan masing-masing seorang rakyat Malaysia serta Hong Kong ditahan polis Australia pada Rabu selepas dadah terbabit ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas yang tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Oktober lalu.

Dadah itu dianggarkan bernilai hampir AUD$560 juta (RM1.7 bilion). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini