web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Ais Terserempak Pak Belang Di Jalan Gua Musang-Jeli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 12:42PM

Kelibat harimau yang dirakamkan Che Fiti Zulhilmi ketika melalui Jalan Gua Musang-Jeli semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto di sini semalam.

Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dia yang sedang memandu ditemani Mohd Amir Saari, 25, ternampak haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang dari Jeli menuju ke Gua Musang.

"Sebelum itu, waktu pagi saya sudah pun melihat kelibat harimau itu di atas jalan, tetapi hanya sempat mengambil gambar … pada petangnya saya sempat merakam video dan berkongsi maklumat itu kepada penduduk melalui aplikasi WhatsApp," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Che Fiti Zulhilmi yang berkongsi video berkenaan kepada penduduk setempat meminta pengguna jalan raya lain berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan, turut berharap rakaman itu mendapat perhatian pihak berwajib agar dapat mengambil tindakan drastik demi keselamatan penduduk di kawasan terbabit.

"Saya harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menangkap pak belang ini kerana bimbang kehadiran haiwan ini akan menyebabkan kemalangan sekiranya pemandu yang menggunakan laluan ini terkejut dan tidak sempat mengelak.

"Saya dapat melihatnya sebanyak dua kali dalam hari yang sama di jalan utama dari Gua Musang ke Jeli dan tidak mustahil haiwan itu akan muncul semula dan mungkin akan mengakibatkan bahaya kepada penduduk," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya telah menerima aduan berkenaan kejadian yang telah tular itu.

"Pihak kami telah ke tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad