web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelar Kerajaan Sebagai ‘NATO’: Syed Saddiq Dibidas Adam Adli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 10:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim membidas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar Kerajaan Perpaduan sebagai ‘kerajaan NATO’ (No Action Talk Only).

Dalam kenyataan menerusi Facebook, Adam Adli berkata kesemua tiga perkara dibangkitkan Ahli Parlimen Muar itu membabitkan soal peruntukan kepada pembangkang, pengisytiharan harta anggota Kabinet dan pengguguran kes rasuah, sudah banyak kali dijelaskan sama ada di dalam atau luar Parlimen.

Beliau berkata dalam soal pengisytiharan harta, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Januari menyatakan ketegasannya dan mengarahkan agar mekanisme lebih telus dan menyeluruh disiapkan, bukan sekadar isytihar tanpa format yang khusus.

“Tidak sekadar kenyataan media, ia disepakati menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri pada Julai lepas,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

Berhubung pengguguran kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Adam Adli berkata ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen, semalam.

“Pengguguran kes mahkamah tentu sekali saya yakin merujuk kepada kes TPM (Timbalan Perdana Menteri) berbanding kes Pagoh, telah dijawab dalam Parlimen secara terperinci oleh Yang Berhormat Azalina atas kapasiti sebagai menteri menjaga undang-undang dan reformasi institusi, ditandai dengan komitmen kerajaan hari ini untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Malah isu DNAA (melepas tanpa membebaskan) TPM juga telah dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, selain bakal dijawab sendiri oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Mengenai peruntukan kepada pembangkang, beliau berkata perkara itu berulang kali diingatkan untuk mereka memulakan rundingan bersama kerajaan namun sehingga kini masih belum disambut selain ia digunakan sebagai modal untuk bercakar dalam persidangan di Dewan Rakyat serta berkemungkinan sebagai modal membohongi rakyat di kawasan masing-masing seolah-olah kerajaan zalim.

“Soal NATO ini eloklah Saddiq jangan hanya cerminkan kepada perkara mengikut selera beliau. Cerminkan juga kepada dasar kebajikan rakyat dikemukakan menerusi Belanjawan 2023 yang lepas dan inisiatif sedang berjalan dalam menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah dan keperluan asas rakyat termasuk sekolah dan fasiliti kesihatan, bekalan air bersih, pemulihan ekonomi pascapandemik dan transisi tenaga yang bakal bermula kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan turut membidas kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu yang juga Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa kerajaan sebagai pengamal ‘pork barrel politic’.

“Entah dari mana datang idea politik tong babi dinyatakan beliau sedangkan kawasan beliau iaitu Machang sendiri adalah salah sebuah kawasan yang turut menerima peruntukan besar mencecah RM1.44 billion buat negeri Kelantan dalam bentuk infrastruktur asas termasuk jalan raya dan jambatan.

“Belum lagi dikira sekali dengan komitmen penyelesaian isu bekalan air yang turut mencecah bilion ringgit,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad