Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lelaki Korban Keenam Nahas Treler, 2 Kereta

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 11:37AM

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada kepala dan badan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, menjadikannya korban keenam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada kepala dan badannya. 

“Sementara itu, seorang lagi remaja lelaki 15 tahun cedera parah dan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sepasang suami isteri berserta anak-anak mereka berusia 10, 13 dan 17 tahun, yang menaiki Perodua Alza, dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan itu.

Ahmad Zamry berkata kemalangan pada 6.37 petang itu, dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HRV dari arah Kuantan memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan, namun lori di belakangnya gagal membrek dan hilang kawalan, lalu melanggar belakang Honda HRV itu.

Beliau berkata lori yang membawa muatan pasir itu kemudiannya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza yang datang dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

Katanya pemandu lori itu mengalami kecederaan parah manakala pemandu dan penumpang Honda HRV serta dua kenderaan lain yang terlibat iaitu Proton Wira dan Perodua Bezza, dilaporkan selamat.

Ahmad Zamry berkata saksi awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) di talian 07-9325811.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Semasa 3 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 15 jam yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

Politik 11 jam yang lalu

Permohonan Maaf Sanusi Buka Jalan Kerjasama Lebih Baik Dengan Kerajaan Pusat

oleh Wartawan The Malaysian Insight