web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pesawat: Polis Ambil Alih Jika Wujud ‘Foul Play’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 8:33PM

Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) melihat bangkai pesawat itu yang terhempas di Bandar Elmina Khamis lalu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis akan mengambil alih siasatan terhadap kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas sekiranya terdapat unsur jenayah ataupun ‘foul play’.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang kini bertanggungjawab menyiasat punca nahas itu.

“Kalau mereka nampak sebarang perkara (mencurigakan), BSKU akan maklumkan dan polis ambil alih (siasatan).

“Sekarang urusan BSKU. Polis punya siasatan sudah selesai. Kita dah pun rekod (keterangan) saksi-saksi awam, jadi sebahagian daripada siasatan (polis) boleh digunakan oleh BSKU,” katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Alam Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor.

Hussein berkata setakat ini siasatan daripada pihaknya sudah selesai dengan polis telah merakam keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi nahas pesawat terhempas itu. 

“Setakat ini tidak ada (tambahan individu beri keterangan), itu sahaja. Kita tunggu lagi sekiranya ada lagi mereka yang memiliki gambar, bahan (berhubung nahas pesawat) yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Semalam, Hussein mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.

Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.

Tumpuan kini adalah laporan awal siasatan nahas seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden nahas udara itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad