web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


METMalaysia Ramal Ribut Petir, Hujan Di Enam Negeri PRN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 5:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan, bakal melanda di beberapa kawasan negeri yang terlibat dalam hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Laman sesawang MetMalaysia hari ini memaklumkan keadaan cuaca di Selangor dan Negeri Sembilan, bakal mengalami keadaan ribut petir di satu dua tempat, di kawasan pantai pagi esok.

Selain itu, cuaca sama diramalkan di kawasan pendalaman di sebelah petang dan hujan di satu dua tempat di kawasan pendalaman dua negeri berkenaan.

Di Pulau Pinang dan Kedah, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca hujan di satu dua tempat di kawasan pantai, selain petang diramalkan ribut petir di satu dua tempat dan cuaca baik pada malam.

Bagi Terengganu dan Kelantan pula, masing-masing menunjukkan corak cuaca yang sama dengan dijangkakan cuaca dalam keadaan baik pada pagi, selain ribut petir di satu dua tempat pada petang dan malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad