web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangunan Warisan, Sejarah UNESCO Ditambah Baik Sempena TMM 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 9:52AM

Sebagai contoh, kerja-kerja berkenaan akan melibatkan bangunan warisan dan sejarah di sekitar Banda Hilir seperti Stadhuys, Kota A Famosa dan Jonker Walk - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bangunan warisan dan sejarah yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Melaka akan dibaiki atau ditambah baik bagi memelihara dan memulihara aset berkenaan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum TMM 2024 dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan UNESCO.

Beliau berkata kerja-kerja berkenaan juga perlu mendapatkan khidmat nasihat atau rujukan daripada Jabatan Warisan sebelum dilaksanakan bagi mengelak pengiktirafan yang diterima daripada UNESCO ditarik semula.

"Memang ada beberapa kos yang kita peruntukkan bagi memelihara dan memulihara bangunan warisan dan sejarah di Melaka khususnya dalam kawasan UNESCO sempena TMM 2024 kerana terdapat kerosakan kecil yang dilakukan pengunjung seperti menconteng dinding.

"Sebagai contoh, kerja-kerja berkenaan akan melibatkan bangunan warisan dan sejarah di sekitar Banda Hilir seperti Stadhuys, Kota A Famosa dan Jonker Walk," katanya kepada pemberita pada Melaka Heritage Celebration 2023 sempena Sambutan Ulang Tahun ke-15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO di Banda Hilir di sini malam tadi.

Majlis sambutan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Shadan berkata MBMB juga meletakkan pegawainya di sekitar kawasan tapak UNESCO bagi memantau sebarang aktiviti vandalisme.

Selain itu, beliau berkata MBMB juga sedang menaik taraf semua tandas awam dalam kawasan pentadbirannya terutama di lokasi tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir bagi memastikan keselesaan pengguna.

"Kita mahu memastikan semua tandas berkenaan mencapai taraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi seperti disarankan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan sekali gus memberi imej yang baik kepada pelancong tentang aspek kebersihan tandas awam di negeri ini.

"Di MBMB juga, kita mempunyai satu tandas yang menerima Anugerah Standard Pelancongan Asean Kategori 'Asean Public Toilet Standard' Peringkat Kebangsaan bagi Tandas Graha Makmur," katanya.

Terdahulu, lebih 100 artis kebudayaan terlibat menjayakan persembahan 'Musical Malacca Heritage of Magnificence from the 15th Century' serta persembahan tarian dan nyanyian melibatkan pelbagai etnik di Melaka antaranya Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Chitti dan Portugis.

Turut terlibat pelakon Ashraf Muslim dan Vanida Imran serta bekas jaguh silat negara Mohd Al-Jufferi Jamari. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad