web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Kesembilan Tragedi Kepala Air Jeram Air Putih Ditemukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:16PM

Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini ditemukan pada 9.20 pagi tadi di Sektor A kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini ditemukan pada 9.20 pagi tadi di Sektor A kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat dipercayai lelaki dewasa itu dijumpai terdampar di tebing pasir, dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat berjaya dikeluarkan pada 11.20 pagi tadi.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk pengecaman oleh waris," katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.

Walaupun identiti berkenaan belum disahkan, polis tidak menolak kemungkinan ia mayat Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor. 

Hanyan berkata dengan penemuan mayat kesembilan itu, operasi SAR diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa, Putri Nor Fatin Karim, 14, dengan pencarian ditumpukan di sektor A.

"Pasukan SAR tetap akan menjalankan pencarian di sektor B dan C dengan dibantu orang awam dan penduduk kampung bagi mengesan Putri Nor Fatin atau sehingga menjumpai sebarang petunjuk baharu," katanya. 

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata usaha pencarian seterusnya akan bermula satu kilometer dari lokasi kenderaan mangsa ditemukan dan kerja ‘sweeping’ akan dilakukan semula di sektor A.

Beliau berkata keadaan cuaca yang baik pada hari ini menyebabkan keadaan jeram kembali kepada normal dan air sungai yang semakin jernih membantu memudahkan operasi SAR termasuk kerja penyelaman. 

Dalam kejadian Sabtu lepas, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dan Muhammad Fikri dikatakan pergi berkelah di jeram berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras kepala air. 

Jenazah  tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban iaitu Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selamat dikebumikan pada Selasa lepas di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan.

Jenazah mangsa kelapan, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, pula selamat dikebumikan bersebelahan kubur ibu bapa dan lima beradiknya pada Rabu. -  Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad