web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Jeram Air Putih: Operasi Kesan Baki 2 Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 1:00PM

Pasukan penyelamat dari Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kampung Seberang Tayor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih yang masuk hari kelima hari ini diteruskan pada 9 pagi tadi.

Dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata operasi SAR diteruskan di sektor A (lokasi kejadian) iaitu dari Menara Sapura hingga ke jambatan Kampung Teladas sejauh 6.3 kilometer.

Sementara di sektor B pencarian bermula dari belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Putih menghala ke ladang jagung di Pos Kawalan Hadapan (PKH) hingga ke kawasan perangkap sampah Sungai Pinang.

"Di sektor C iaitu muara Kuala Kemaman, pihak bomba meneruskan pemantauan menggunakan bot setiap dua jam," katanya pada sidang media di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.

Menurut Azman 279 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dikerah untuk operasi SAR hari ini.

Beliau berkata khidmat anjing pengesan K9 dan unit dron juga akan digunakan untuk pencarian di sektor A dan B.

"Kesemua 279 petugas ini kami akan pecahkan kepada 14 kumpulan dengan setiap kumpulan diketuai oleh seorang pegawai di setiap lokasi," katanya.

Lapan orang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih pada Sabtu lepas, manakala dua lagi masih hilang.

Jenazah lapan mangsa tersebut  telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam