web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Anwar Harap Pengundi Melayu Undi Parti Wakili Kerajaan Perpaduan Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 7:04PM

Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan PRN dalam masa terdekat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengundi di Pulau Pinang khususnya pengundi Melayu akan mengundi parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Anwar berkata beliau berharap kawan-kawan (pengundi-pengundi) di Pulau Pinang akan pulih dari terbawa-bawa dengan sentimen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 lepas dan sokong Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

“Saya harap kawan-kawan Pulau Pinang, maklumlah, kadang-kadang terbawa-bawa sikit sentimen pada masa itu…dapat pulih balik dan kita nak Kerajaan Pulau Pinang ini (selari) Kerajaan Perpaduan...supaya kita boleh sama-sama dengan Kerajaan Perpaduan Persekutuan dan kita boleh bangunkan nasib orang Melayu Pulau Pinang,” katanya ketika berucap merasmikan program Qurban Perdana di sini hari ini.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Anwar berkata, enam bulan lepas, beliau telah menghidupkan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi mempertahankan nasib orang Melayu di negeri ini.

“Ini adalah untuk bantu kerajaan negeri dan Persekutuan, supaya orang Melayu tidak terasa tersisih,” katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Perpaduan telah membuktikan keikhlasan untuk membantu orang Melayu dengan menandatangani satu perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan Rabu lepas memaklumkan sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda itu akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion. 

Penstrukturan semula pinjaman itu akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkannya memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion, menurut MoF.

“Dua hari lepas, saya baru menandatangani perjanjian untuk pemansuhan 80 peratus hutang Felda yang mempunyai 95 peratus peneroka Melayu,” katanya.

Anwar berkata hutang Felda yang begitu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan agensi itu dan bukan salah peneroka.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keyakinan beliau terhadap kerusi tradisi keluarganya di kawasan Permatang Pauh, Anwar menjawab “Insya-Allah, kami akan menang.”

Anwar juga berkata, beliau tidak boleh menerima naratif gelombang hijau yang menggunakan isu agama dan bangsa untuk mendapat undi.

“Ada pihak yang sebut, siapa yang tidak bersetuju dengan parti dia, dialah musuh Allah. Ini tidak betul, saya bersama dengan Pakatan Harapan dan UMNO akan terus mempertahankan bangsa dan agama,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini