web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Maut Treler Terbabas Masuk Gaung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:13PM

Seorang lelaki maut, manakala isteri dan anaknya cedera selepas treler dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke gaung di Kilometer (KM) 43.3, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, Bentong, Pahang hari ini. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut, manakala isteri dan anaknya cedera selepas treler dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke gaung di Kilometer (KM) 43.3, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, Bentong, Pahang hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan terbabit pada kira-kira jam 4 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati treler muatan pasir itu dipandu lelaki tempatan berusia 33 tahun bersama isteri, 41, dan anak lelaki mereka berusia lima tahun dalam perjalanan dari Taiping, Perak ke Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi yang juga kawasan selekoh, treler itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan lalu terbabas serta terjunam ke gaung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, pemandu treler disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala selepas tersepit di bahagian hadapan kenderaan berkenaan.

Jelasnya, isteri dan anak lelakinya dilaporkan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Bentong.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan bahaya.

“Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada pelbagai pihak yang melihat kejadian terbabit untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Zaiham turut menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan berhemah dan berhati-hati, terutama ketika melalui Kilometer 40 hingga Kilometer 45 lebuh raya berkenaan bagi mengelakkan berlaku kemalangan. - Getaran, 27 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja