web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Pelaburan LTW 2023 Berjaya, Malaysia Raih Pelbagai Manfaat Berimpak Tinggi - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:37PM

 Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Hanya dalam tempoh beberapa hari, pelbagai manfaat berimpak tinggi diperoleh Malaysia menerusi misi pelaburan sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023. 

Selain pemeteraian kerjasama dan komitmen pelaburan bernilai RM8.3 billion, Malaysia turut mengambil peranan besar dengan menawarkan diri sebagai penghubung sektor ekonomi digital ASEAN dengan Eropah.

Justeru, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyifatkan misi ke London sebagai berjaya serta membuahkan hasil yang memberangsangkan. 

"Banyak yang telah kita berjaya capai serta dapatan baharu yang kita peroleh termasuk tentang cabaran dihadapi sektor ekonomi digital yang termasuk aspek inovasi dan teknologi baharu," katanya kepada Bernama. 

Fahmi berkata bagi meneruskan momentum kejayaan itu terdapat beberapa perkara yang akan diperhalusi dan ditambah baik, antaranya, meningkatkan dan menambah infrastruktur dan prasarana bersesuaian.

Turut dititikberatkan ialah pencapaian 100 peratus jaringan dan peluasan perkhidmatan 5G, atau sekurang-kurangnya mencapai 80 peratus, katanya. 

Selain itu, beliau berkata beberapa akta dicadang digubal bagi menarik lebih banyak syarikat dan pemain antarabangsa melabur dan berpangkalan di Malaysia.

"Dengan ini, dekad keemasan digital Malaysia akan segera dicapai, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia," katanya.

Sepanjang LTW, pelbagai isu dibincangkan pemain teknologi global antaranya cabaran dalam sektor digital termasuk kecerdasan buatan (AI), isu melibatkan data serta keselamatan siber. 

"Delegasi Malaysia turut membuka peluang syarikat tempatan ke pasaran Eropah melalui United Kingdom (UK). Selain itu, syarikat dari UK kita bawa untuk labur di Malaysia.

"Kita harap siri LTW dan program lain tahun depan akan merintis lebih banyak peluang pelaburan," kata Fahmi. 

Menurutnya, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang  bakal dimeterai oleh UK tidak lama lagi akan memberikan peluang bagi meningkatkan  kerjasama kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang ekonomi digital sekali gus  meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Kementerian Komunikasi dan Digital menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber yang perlu digubal segera bagi membolehkan Malaysia berhadapan dengan cabaran era digital dan menangani ancaman keselamatan siber.

Perkara tersebut merangkumi pindaan bagi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang menyentuh aspek penelitian pemakluman wajib syarikat pemegang atau pengguna data kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sekiranya berlaku kebocoran, yang kini dalam fasa akhir sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri dan seterusnya ke Parlimen. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam