web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita ‘Kantoi’ Curi Rantai Leher Kanak-Kanak Direman Hingga Selasa 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 9:33PM

Seorang wanita ditahan reman bagi siasatan kes curi rantai seorang kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Shah Alam. - Tangkap layar dari video tular di TikTok 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Tindakan seorang wanita mencuri rantai leher kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Shah Alam mengundang padah selepas tindakannya berjaya dirakam dan tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, suspek dikesan telah mengambil rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. 

Menurut beliau, wanita terbabit menggunakan satu objek bagi memotong barang perhiasan kanak-kanak itu sebelum menarik rantai leher berkenaan.

"Tindakan suspek telah dirakam ibu saudara kanak-kanak itu.

"Sejurus selepas kejadian, suspek yang juga wanita tempatan berusia 35 tahun berjaya ditangkap di lokasi terbabit berdasarkan rakaman video ," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Jelas Mohd Iqbal, satu laporan polis telah dibuat pada jam 8.09 malam hari yang sama, sejurus selepas kejadian ragut itu berlaku. 

Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga hari sehingga Selasa depan. 

"Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Norazizi Samsuri di talian 014-9472881," katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan diragut oleh wanita bertudung coklat dan berpelitup muka ketika berada di Karnival Jom Heboh, Shah Alam. 

Kejadian berkenaan bagaimanapun dirakam secara tidak sengaja oleh ibu saudara kanak-kanak terbabit dan video itu juga telah menerima lebih 1.4 juta tontonan di TikTok setakat ini.

Berdasarkan video terbabit, wanita berkenaan disyaki tidak bertindak seorang diri kerana seorang lagi wanita bertudung ungu di sebelahnya seolah-olah memberitahu dia sedang dirakam.

Bagaimanapun, suspek sempat memotong dan menarik rantai emas kanak-kanak itu sebelum bersembunyi di belakang seorang lelaki.

Ibu saudara kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Cheykaa turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati apabila mengenakan barang kemas ketika berada di tempat awam. 

“Peringatan untuk saya dan orang lain, hati-hati yang pakai gelang atau rantai emas. Sekarang kes seperti ini sudah banyak berlaku dan saya kena ketika di Jom Heboh Shah Alam.

“Anak buah saya pakai baju warna hitam, Mak Cik di belakang potong rantai terus hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen video. - Getaran, 4 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar