web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Kerajaan Persekutuan Bantu Percepat Pelan Sabah Tangani Krisis Air - Hajiji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:13PM

Anwar (tengah) mengadakan pertemuan dengan Hajiji Noor (kanan) di Putrajaya. - Gambar dari Facebook Hajiji Haji Noor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah yakin bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan akan membantu mempercepat pelan jangka pendeknya dalam menangani krisis air di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan kewangan sebanyak RM320.25 juta itu merangkumi pelaksanaan enam program yang terdiri daripada 20 projek di seluruh negeri termasuk sembilan bagi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

 “Projek terbabit dijangka memakan masa antara enam hingga 12 bulan untuk disiapkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya dan memberi taklimat mengenai pelan Sabah bagi menangani masalah bekalan air di negeri itu.

Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmy Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu Datuk Seri Safar Untong.

Turut hadir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali selain ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan.

Hajiji turut memaklumkan beliau berkongsi pelan jangka panjang Kerajaan Negeri Sabah berkaitan bekalan air berimpak tinggi termasuk projek dua empangan di Papar dan Ulu Padas, Sipitang.

Katanya Perdana Menteri mahu pasukan khas yang terdiri daripada menteri di peringkat negeri dan persekutuan ditubuhkan segera bagi mencari pendekatan holistik dan kaedah terbaik dalam merealisasikannya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini