web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Terus Menghukum, Hanya Segelintir Penjawat Awam Ponteng Kerja -  CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 8:03PM

Adnan berkata jumlah mereka yang dikenakan tindakan tatatertib terlalu sedikit berbanding kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang ada ketika ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesalahan ‘popular’ dalam kalangan penjawat awam iaitu ponteng kerja atau tidak hadir bertugas hingga berhari-hari seperti didedahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semalam tidak menggambarkan keseluruhan sikap golongan tersebut.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, jumlah mereka yang dikenakan tindakan tatatertib terlalu sedikit berbanding kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang ada ketika ini.

Malah, katanya, integriti penjawat awam ketika ini semakin bertambah baik selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan awam.

 Adnan Mat - Gambar fail
Adnan Mat - Gambar fail

“Usaha meningkatkan integriti dan disiplin ini juga disokong sepenuhnya oleh penjawat awam melalui dasar transformasi perkhidmatan awam yang dilakukan kerajaan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang berkualiti.

“Ini kerana berdasarkan statistik SPA pada 2020, seramai 117 penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib, tetapi berkurangan kepada 83 (2021) dan 51 (2022),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman mendedahkan, ponteng kerja atau tidak hadir bertugas hingga berhari-hari menjadi kesalahan paling ‘popular’ dilakukan penjawat awam.

Beliau berkata, sikap culas sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam perkhidmatan awam.

“Paling popular, ponteng kerja atau tidak hadir bertugas... sehari, dua hari, tujuh hari. Ada yang berpuluh hari, ada ikut bulanan, pergi cuti tahunan tanpa diketahui pun ada.

“Perkara seperti ini tidak patut berlaku dalam perkhidmatan awam, kita dibekalkan dengan tata cara atau tata kelola untuk hadir bertugas,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, CUEPACS mengambil maklum mengenai laporan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap penjawat awam sepanjang tempoh tiga tahun lalu seperti didedahkan SPA.

Dalam hal ini, katanya, CUEPACS berterima kasih kepada SPA atas laporan tersebut yang jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah sesekali berkompromi atau menyembunyikan salah laku membabitkan anggotanya.

“Sememangnya terdapat penjawat awam yang bermasalah dan tindakan tatatertib termasuklah disingkirkan dari perkhidmatan sewajarnya diambil oleh kerajaan bagi memastikan mereka yang benar-benar ingin memberikan perkhidmatan terbaik berada dalam perkhidmatan.

“Ia suatu usaha yang jelas untuk memastikan supaya penjawat awam kekal berdisiplin dan relevan sepanjang masa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan rakyat,” katanya.

Susulan itu, Adnan turut mengingatkan penjawat awam agar melihat semula aku janji yang pernah dilafazkan dan ia perlu dikekalkan sehingga tamat tempoh perkhidmatan.

“Rakyat sentiasa memandang dan menilai setiap apa yang dilakukan dan ia akan memberi kesan kepada keseluruhan perkhidmatan awam walaupun jumlah pesalah integriti itu hanya seorang,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak terus menghukum atau membuat tanggapan buruk kepada semua penjawat awam hanya disebabkan segelintir yang melakukan kesalahan tersebut. – Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar