web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Bukti Kebersamaan Kerajaan - MB Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 6:22PM

Ahmad Yakob menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan di Kampung Alor Pasir dekat Wakaf Bharu di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu membuktikan konteks kebersamaan antara kerajaan Persekutuan dan negeri masih wujud.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah mengenai majlis tersebut dan telah menerima surat daripada kerajaan Persekutuan dengan hati terbuka.

"Kelantan menghormati keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula 7 malam hingga 10.30 malam pada 12 Mei depan.

"Kesemua persiapan tersebut dilakukan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai kementerian peneraju," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan di Kampung Alor Pasir dekat Wakaf Bharu di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 anjuran JPM melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama itu diadakan di Kedah pada 29 April, Kelantan (12 Mei) dan Terengganu pada 13 Mei.

Sementara itu, Ahmad turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau anak-anak dengan tidak bermain mercun yang boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku seperti kebakaran berikutan cuaca panas ketika ini.

"Saya minta rakyat sentiasa beringat. Awasi pergerakan anak-anak dan elakkan bermain mercun khususnya di kawasan rumah.

"Difahamkan, di Kelantan sudah ada 17 kes melibatkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia bawah 10 tahun akibat bermain mercun dengan 12 daripadanya dimasukkan ke hospital," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam