web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 6:20PM

Keadaan trafik menuju arah utara agak perlahan petang ini, - Gambar dari Twitter @llmtrafik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan sempena hari kedua sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik bergerak perlahan arah selatan dari Nilai ke Seremban sehingga Senawang dan Ayer Keroh ke Jasin serta Bukit Gambir ke Pagoh.

“Trafik juga perlahan arah utara dari Senai ke Sedenak, Simpang Renggam ke Machap sehingga Ayer Hitam dan Hentian Yong Peng Utara ke Pagoh,” katanya.

LLM menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 turut sesak sebelum Tol Gombak menghala timur.

Trafik sebelum Tol Temerloh menghala keluar turut dilaporkan berdepan situasi sama iaitu kira-kira 700 meter dari Kilometer 139.2 sehingga Tol Chenor menghala timur susulan pertambahan kenderaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahun Baharu Cina: Aliran Trafik Bergerak Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan